Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

My Khalis Tumbuh 3 Gigi Geraham sekaligus.

Salam semua... dah lama saya tak post pasal si kecik Khalis ni... hai.... sejak kamera dah tak de ni... agak sukar la nak snap setiap moment... harapkan handphone suami je... terkadang terlupa nak snap... bila la nak dapat kamera digital ni... Join contest yang ada hadiah kamera pun tak dapat2...

Dalam seminggu ni Khalis agak beronar sikit... itu tak kena ini tak kena... putra saya ni memang sabar memang la kekadang dia merengek... tapi tak la all the times... biasanya time makan bila dia tersalah gigit makanan... mesti akan menangis... tak selesa la kan agaknya dia nak tumbuh gigi. Gigi geraham pulak tu dah la 3 batang... tapi Khalis memang tabah... hebat anak ibu... eceh...

Hari ni saya cek giginya... dah nampak separuh dah tumbuhnya... sangat cepat... cuma Khalis kurang biasa lagi menggunakan giginya.. masih lagi tersalah gigit... kekadang menangis kekadang bila saya tak tegur dia ok je...

Tengok gambar2 Khalis masa kecik wah... terkenang... rasa macam nak Khalis kecik balik... comel... of cos la anak saya comel... biar tak de orang puji saya nak juga puji... tak de sape pun kisah kan... Alhamdulillah... sepanjang saya mengasuh Khalis memang senang... dari kecil lagi kurang meragam... Insyaallah doa saya agar perangai Khalis akan sebegitu sepanjang hayatnya... supaya perjalanan hidupnya sentiasa lancar... dan setiap dugaan yang dia hadapi dapat diharungi dengan hati yang tabah dan ikhlas... serta hidupnya akan bahagia dunia akhirat dan dirahmati sampai syurga... Amin...

Saya teringat masa saya pregnantkan Khalis... terlalu banyak kesukaran... rasa sakit... tak sihat... badan rasa lemah... Allah saja yang tahu tapi itu orang kata dugaan masa pregnantkan... setiap ibu akan hadapinya dengan berbeza...

Masa saya pregnant tu saya dah tekad... walau apaun yang berlaku, lepas bersalin saya nak berhenti kerja... tekad nak jaga anak... tambah pulak... masa tu terdengar isu macam2... pengasuh itu la pengasuh ini la... taska itu la taska ini la... rasa takut... masa tu Khalis tak lahir lagi pun dah rasa sayang.... bila dah lahir... dah rasa sakitnya macam mana... lagi la bertambah risau kan...

Alhamdulillah... keputusan saya tak bekerja diterima baik oleh suami saya walaupun tak berapa nak sokong... tapi sekarang 100% sokong... walaupun kami tak de la senang... dengan duit beribu2 sebulan... tapi syukur dengan rezeki yang allah bagi... sentiasa mencukupi...

Semoga rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa melimpah ruah dan terhindar daripada sebarang pandangan nafsu... amin... amin...:)

entry tumbuh gigi yang dah jadi melalut pulak dah...:)

2 Comment (s):

  1. comel khalis. besar nanti mesti hnsem ;D

    ReplyDelete
  2. cute anak mommy nie.. anak2 ni kurniaaan Allah so nak kena jg amanah yg di beri kan.. tp alhamdulillah yg penting kesederhanaan dalam kehidupan.. itu sudah ckup mommy.. hapy kan dapat tgk sdiri pembesaran anak depan mata... :P .. can' wait 2 see my 2nd lil plaks... :P

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™