Dah lama tak taip entry yang bersifatkan personalkan? Boring tak masuk blog saya ni. Business je memanjangkan? Kalau tak business, info. Sangat jarang untuk meluahkan yang terbuku. Silent is better. Cakap lebih pun, kekadang kena cerca balik. Tambahkan dosa orang saja. Jadi diam sudah.
Saya nak tanya kawan-kawan semua. masih ingat tak apa cita-cita anda waktu sekolah rendah? Saya tahu, masa darjah1,2,3 kita sering ditanya oleh mak, ayah, cikgu, dan seangkatan dengannya. "Dah besar nak jadi apa?" betul tak? rata-rata masa peringkat umur kita mesti ramailah yang akan cakap nak jadi doktor, polis, askar, bomba dan lain-lain.
Tapi tak ramai yang bekerja seperti yang mereka cakap sewaktu kecil kan? sebab cita-cita kita hilang ditelan arus peredaran zaman. Jom baca cerita saya :) Petang tadi dah update pasal ni kat facebook. tapi rasa tak puas mengarang pulak kat status. Jadi nak letak juga kat blog.
Masa kecil-kecil mak saya selalu tanya nanti besar nak jadi apa?
Saya cakap, nak jadi manager (sebab masa tu saya fikir manager adalah seorang yang mempunyai duit banyak :p)
*Alhamdulillah, merasa juga saya mendapat title manager. Sebab saya pernah bekerja sebagai Restaurant Manager Sushi King. Kira manager juga lah kan? hehe
Apabila dah besar sikit. (Masih di peringkat sekolah rendah) Mak saya tanya lagi nak jadi apa nanti besar.
Saya cakap dengan mak saya, saya nak jadi Business Woman. Waktu tu saya selalu tengok orang yang terlibat dalam business mesti banyak duit. kuikui dari kecil lagi selalu tengok yang banyak duit je kan saya ni. Ya lah, anak orang susah serba serbi kekurangan. Jadi aim saya waktu tu memang nak banyak duit. Supaya tidak diejek orang. Tidak di pandang rendah oleh orang lain.
*Alhamdulillah di saat ini, walaupun masih bertatih tapi status business woman tu boleh lah digunakan kepada saya ni kan? :)
Apa yang berlaku hari ini, adalah apa yang saya ucapkan waktu saya kecil-kecil dulu. Saya duduk, saya fikir, cerita-cerita masa saya kecil dulu. Rupanya apa yang berlaku hari ini adalah apa yang pernah fikir masa kecil dulu.
Tapi kenapa masa umur saya belasan tahun, saya lupa apa yang saya pernah ucapkan dulu?
semua Allah dah tentukan perjalanan yang sangat baik dan tepat untuk saya. Cuma waktu dulu saya tidak belajar muhasabah diri.
Tambah-tambah bila dah menginjak usia remaja. Kita masih tidak mempunyai matlamat, apa yang kita buat adalah perkara yang ikut-ikutan kawan-kawan. Orang nak masuk MRSM , saya pun nak masuk (tapi tak dapat masuk pun MRSM sebab keputusan PMR saya biasa-biasa sahaja ). Orang nak masuk matrik, saya pun nak masuk . Orang nak masuk Universiti saya pun nak masuk Universiti. Matlamat hidup adalah untuk gengam ijazah sahaja. Tapi saya tidak pernah terfikir pun pekerjaan apa. nak buat apa. lepas habis belajar. Sebab itu lepas tamat belajar. Mula lah merata-rata mencari kerja. Apply sana sini. Sekarang saya baru tahu, semua ini berlaku sebab saya sendiri yang tak set goal apa yang saya mahukan dalam hidup. Masa belajar dulu hanya set untuk mendapat ijazah. dan daripada ijazah tu baru nak cari kerja. Tapi hakikatnya pada zaman sekarang, kita perlu set goal sehingga kerja apa yang kita nak buat.
Kat sini pengajaran untuk diri, Insyaallah jika Allah berikan kudrat dan umur yang panjang. Saya nak latih Khalis untuk menjadi seorang yang serba boleh. Ibarat biji benih yang subur. Campak di mana-mana pun masih boleh tumbuh. Terap daripada awal supaya anak-anak dapat tahu dimana kekuatan mereka.
Alhamdulillah. Susah payah pahit manis hitam putih semuanya saya sudah mengalami, walaupun terkadang terfikir sendiri. Kenapa ini berlaku pada diri ini. Tapi apa yang saya yakin. Allah mesti nak bagi sesuatu kepada saya. Allah sudah punya perancangan yang sangat baik untuk saya. Allah mahukan yang terbaik untuk saya. Mesti mesti mesti dan sentiasa yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.
Terkadang diri ini murung dan merudum, bila ingat ini semua hati akan tenang. Kerana saya yakin dan terus yakin disetiap kesusahan dan kepahitan yang saya alami, mesti ada hikmah yang masih tersembunyi. Dia Maha Mengetahui :)
0 Comment (s):
Post a Comment
Thank You For Leaving a Comment to Me...