Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-0sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)Terdapat segelintir ibu yang menyusukan anak yang sering kali membuat kenyataan mudah.
Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais......... (sms panjang maka yang penting sahaja di sertakan di sini)
Tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Asalkan pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.
Kenyataan ini sama sekali tidak salah, dan ia memang benar. Namun secara peribadi saya mahu ajukan semula soalan kepada yang memberi pendapat ini.
Adakah cara hidup puan sama dengan cara hidup saya?
Makan yang seimbang
Memadai makan seimbang. Mungkin puan boleh memasak 5 jenis lauk sehari yang merangkumi semua nutrien yang terdapat didalam piramid makanan.
terutama mereka yang bekerja dan pulang goyang kaki kerana punyai maid indonesia di rumah untuk memasak. Ada pula yang diam serumah dengan mak atau mak mertua, makanan sudah terhidang siap dan balik hanya untuk makan sahaja.
Lebih hebat lagi mereka yang kata tidak perlu amik vitamin adalah ibu yang bekerjaya yang beli lauk pauk setiap hari! Tanpa mereka ini sedari hidangan tersebut penuh dengan kandungan MSG! (ajinomoto)! Inikah yang mahu dibangga-banggakan?
Ada juga yang makan telur hari-hari dengan sup sayur dah menganggap pemakanan yang seimbang!
Ada yang bertanya tentang perlukah vitamin dan waktu yang sama sedang enak makan Mc Donald yang dah sah-sah tinggi kandungan MSG. Inikah makanan seimbang yang kalian banggakan sebagai makanan seimbang?
Rata-rata rakyat Malaysia yang berpenyakit pada peringkat umur yang muda disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pengambilan lemak yang tinggi, gula yang banyak dan makanan bergoreng yang berminyak!
Hakikatnya ramai yang tak tahu apakah itu makanan yang seimbang!
Tidur yang cukup
Adakah gaya hidup anda sama dengan gaya hidup saya? Adakah anak anda tidur seperti anak saya yang mana jam 12 tengah malam matanya masih celik dan meminta ajak bermain.
Adakah anda seperti saya yang tidak punya maid dan semua urusan rumah saya lakukan sendiri.
Adakah anda adalah orang yang tidur sampai ke pagi tanpa perlu bangun malam uruskan diapers anak? (Ini kerana saya punya kawan yang akan kuncikan jam loceng meminta suaminya bangun untuk tukarkan lampin anak dan dia tidur lena sampai ke pagi!)
Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?
Minum air berkadaran
Adakah boleh dengan minum hanya 6-8 gelas sehari dah memadai untuk memastikan badan mendapat cukup air sedangkan dalam sehari aktiviti badan untuk pengeluaran air bagi tujuan perkumuhan dan penyusuan sahaja cukup banyak.
Kajian saya sendiri mengapa ramai rakyat Malaysia yang sakit adalah berpunca dari malas minum air dan malas ke tandas. Apabila ini berlaku, kepekatan darah mula meningkat dan ini boleh mengakibatkan peningkatan toksin dan akhirnya penyakit mula menular di dalam tubuh serta pertumbuhan abnormal sel dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya....wallah hu alam .
pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.
Statement ini memang benar namun
- jika anda seorang ibu yang mudah letih
- jika anda adalah seorang ibu seperti saya yang sibuk dengan kerja rumah, opis dan anak-anak
- jika anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang
- jika anda tidak perolehi enough quality sleep
- jika anda mempunyai masalah kedinginan bersama suami
- jika anda mempunyai kulit muka yang kusam dan nampak tua dari umur sebenarnya
- jika anda mempnyai masalah berat badan berlebihan/ berkurangan
Bagi yang ingin menasihatkan teman-teman dan membuat kenyataan, Tidak perlu amik vitamin, sila pastikan anda tahu apakah si teman tadi mempunyai cara hidup yang serupa dengan anda.
Bagi kawan-kawan saya yang memang hidupnya mudah....ada maid, anak tak banyak ragam...dapat makan seimbang setiap hari dengan lauk pauk masakan di rumah dan tidur yang sangat-sangat lena sampai ke pagi....hakikatnya bukan semua orang macam kalian :)
Untuk sebarang pesanan @ pertanyaan, Sila hubungi saya di:
☎ 014-8240118 @ 03-61274792 ✉ whiteymommy@yahoo.com
___________________________________________________________________________
Setiap pembelian dengan Whitey Mommy, anda layak menerima harga istimewa, jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan serta konsultasi percuma yang berterusan.
Produk ini adalah produk kesihatan semulajadi yang dimakan sebagai pelengkap kepada pemakanan seharian, ia bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Produk ini adalah produk kesihatan semulajadi yang dimakan sebagai pelengkap kepada pemakanan seharian, ia bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________________________
0 Comment (s):
Post a Comment
Thank You For Leaving a Comment to Me...