Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Seindah Sakura

Sudah lama saya tak mengupdate blog ni kan?
Berehat daripada menaip dan generate idea untuk mengarang.


Tetiba hari ni tergerak hati nak kongsi tentang Drama Seindah Sakura yang tengah tayang kat TV3 sekarang ini. Serius! Cerita ini best dan mendapat tempat dihati saya. Jalan cerita dia sangat menyentuh hati. Lagi-lagi pelakonnya Fasha Sandha. Saya tidak lah peminat "Kipas Susah Mati" Tapi setiap Drama atau Filem dia memang menarik minat saya untuk menontonnya. Suka tengok dia berlakon

Ost dia pun Best!!!!... Kena kat hati ini. Layan...



Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

3 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™