Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Keunikan Elysyle DX Lingerie


Masih ramai lagi yang tidak mengenal DX lingerie ini. Bagi mereka yang dah pakai, yang dah cuba, yang dah rasa macam mana "feel" bila pakai tu. Saya jamin 100% anda tidak akan memandang yang lain. Kain yang sangat selesa. Selesa dipakai. Tidak sakit, tidak senak dan tidak kram belakang ( seperti yang saya alami dan beberapa orang kawan saya juga berkata sedemikian). Mudah dikendalikan juga. Tapi saya cakap-cakap ini memang orang kata. "Alah boleh lah cakap sebab saya jual kan?" Saya bukan menjual semata-mata, sebab sebelum anda nak beli anda WAJIB diberi pakai sebagai percubaan. Selepas dah pakai, anda nak beli ke nak tolak ke. Itu terpulang ada diri anda. Tapi yang nyata.

Mana-mana yang pakai, memang tidak akan menolak. Bagi mereka yang pernah pakai sebarang Lingerie pembentuk badan, anda boleh CUBA untuk pakai. Disitu anda boleh buat perbandingan terutama dari segi keselesaannya. Yang sememangnya tiada tolok banding. Belum tahap keberkesanannya. Dah la pakai pun rasa tak seperti pakai, walaupun pertama kali. Tidak memerlukan tempoh berminggu untuk merasa selesa. Terus anda akan rasa selesa walaupun pertama kali memakainya.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, Jika anda mahu CUBA pakai bila-bila masa sahaja boleh hubungi saya ya. CUBA sahaja, tiada caj tersembunyi dan tiada paksaan untuk membeli. Believe Me!

Dengan ELYSYLE DX LINGERIE tiada istilah Beauty is Pain

Panjang sungguh pendahuluan. Mari saya terangkan 4 keunikan Elysyle DX Lingerie yang saya berani jamin akan memberi keselesaan dan kesan yang menakjubkan kepada anda. Apakah ciri-ciri itu?
1. Reka bentuk Egornomik
2. Bahan buatan yang bermutu tinggi dan Rekaan yang elegan
3. Kesan yang menakjubkan
4. Mutu terjamin

Reka Bentuk Egornomik

Elysyle Dx Lingerie dihasilkan melalui kajian yang dijalankan oleh pakar baju dalam dari Universiti Toyoma, Jepun. Dengan menggunakan :
a) Teknologi Pengimbas Badan 3-dimensi.
100 titik perincian tubuh dikenal pasti untuk mendapat ukuran 3-dimensi tubuh manusia (200 wanita telah diukur untuk mendapatkan pelbagai saiz)
b) Teknologi Pengukur Tekanan Badan
Mengukur tekanan yang dapat ditampung oleh setiap bahagian badan untuk menentukan :
  • Komposisi fabrik
  • Kedudukan net kuasa
  • Kedudukan tetulang
Ini bagi memperolehi reka bentuk yang selesa untuk setiap jenis badan.
c) Teknologi Rekaan menggunakan bantuan komputer
Bagi mengelakkan ralat dalam ukuran. Rekaan dilakukan dengan bantuan komputer. Pemotongan juga dilakukan dengan komputer. Jadi semua pemotongan adalah tepat, cepat dan tiada ralat. Dijahit oleh juru jahit yang mahir.

Bahan buatan yang bermutu tinggi dan Rekaan yang elegan

Menggunakan kain kapas campuran 3 dalam 1 yang bermutu tinggi iaitu :
  • Nilon yang bertindak Lembut pada kulit 
  • Poliuretane serat elastik yang bersifat kenyal 
  • Kapas Mesir yang bermutu tinggi membalut serat elastik dan menambahkan keselesaan.
Menggunakan komposisi fabrik yang berlainan bagi menambahkan keberkesanan untuk menolak, mengunci dan mengekalkan lemak.

Seperti yang kita tahu kain kapas sememangnya antara fabrik yang paling selesa.

Rekaan renda yang dinamik dengan menggunakan bunga Clematis sebagai corak utama yang melambangkan kecantikan dalaman, sifat bangsawan dan sifat keanggunan. Selain itu dari segi warna pula, warna perang keemasan digunakan yang melambangkan sifat keanggunan.
Biasa orang cakap, kalau pakaian dalam kita mempunyai corak yang cantik secara tidak langsung akan membangkitkan keyakinan dalam diri seseorang. Walaupun orang tak tahu apa yang kita pakai tapi diri sendiri tahu kan? Itu yang membuatkan kita rasa yakin dan bersemangat.

Kesan Menakjubkan

Elysyle Dx Lingerie menggunakan konsep menolak, mengunci dan mengekalkan lemak. Jadi kesannya dapat dilihat serta merta untuk mengangkat bahagian badan yang melenduh, membulatkan bahagian yang leper dan membentuk bahagian yang mengeleber.
Manakala kesan yang paling nyata dan ketara akan dilihat dalam masa 3-6 bulan jika si pemakai rajin memakainya setiap hari.

Mutu Terjamin

Pengilang Jepun yang berpengalaman yang ditubuhkan sejak 1979. Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pengajian & perkembangan dalam mereka bentuk pakaian dalam.

Mempunyai sijil sistem pengurusan mutu ISO 9001.
Dengan adanya sijil ISO ini akan memberi tanggapan kepada kita bukan. Sudah semestinya produknya juga bukan calang-calang hingga mendapat pengiktirafan ISO.

Mendapat anugerah reka cipta terbaik daripada “Organisasi Pakaian Dalam Pembentukan Badan Jepun”

4 Keunikan yang ada pada Elysyle DX Lingerie. Anda yang menentukan kerana kita kerja penat-penat, kita kerja sungguh-sungguh sudah tentu kita mahukan produk yang benar-benar berkualiti.

Untuk sebarang pesanan @ pertanyaan, Sila hubungi saya di:
☎ 014-8240118 @ 03-61274792
✉ whiteymommy@yahoo.com

1 Comment (s):

  1. sis mohon mintak sharing n copy pasal keistimewaan DX elken nih blh x?

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™