Daripada dulu sampai sekarang. Masalah berat badan ni sentiasa ada dengan diri saya. Cuma bezanya waktu zaman bujang dulu, gaya hidup saya aktif, berjalan sana sini. Jadi walaupun perut tu buncit masih rasa selesa lagi lah. Sebab bahagian lain tidak menggelebeh. Tapi selepas beranak satu, kerja saya pula menghadap laptop dan duduk sahaja. Badan makin lama makin kembang dan dengan postur duduk yang tak betul, saya dapat rasa badan saya makin kelihatan bongkok. Memang berlainan sesangat. Sebab tak jaga body, dalam pantang pun saya tak berbengkung. Maklumlah ibu muda, tak tahu apa-apa tambahan saya berpantang sendiri. Memang muka saya makin hari makin kusam. Jujur saya cakap. Memang nampak tua dah rasa diri ini.
Akhir tahun 2011, saya mula untuk menjaga badan, mula kawal pemakanan. Sebab bahagian lutut saya sudah mula sakit akibat menanggung bebanan berat badan yang naik secara menjadi-jadi. tambahan masa itu sakit hati dengan penghinaan dan cacian oleh orang yang terdekat. Ya lah dah gemuk kan. Pandang pun buruk betul tak? Sedih, saya tekad untuk berdiet. Tapi ya la kan, bila kita control makan ni kekadang tak tahan juga, terbabas. Tambahan saya masih menyusukan Khalis, memang bila tengah malam tu rasa lapar membuak-buak. Kekadang memang perlu makan juga untuk alas perut. Hampir 3 bulan saya berdiet. Ok lah... Berat turun banak sangat sehingga 65kg daripada 78kg. Saya juga ada mengambil pil dan supplement untuk kurus pada waktu itu. Tapi benda-benda macam itu perlu maintain penggunaannya. Kekadang bila income tak de memang saya tak dapat beli. Jadi tak makan secara berterusan, mula-mula memang turun lepas tu akan naik balik.
Entah bila waktunya. Saya terus menerus terbabas daripada landasan diet. Tension dengan kerja yang banyak tertanggung. Tension dengan persekitaran. Apa yang saya tahu pada waktu itu adalah perlu buat kerja untuk menampung kehidupan seharian. Saya lupa diet. Makan pukul 3,4 pagi . Berat saya mencanak-canak naik semula. Saya dapat rasa sebab bila saya pakai baju, rasa ketat dan sangat-sangat rimas. Masa tu memang down sesangat. Tak lupa juga saya pun pakai korset yang popular itu hari-hari tanpa miss. Tapi apa yang saya dapat, bahagian perut memang makin buncit. Tambahan tidak selesa. Badan sampai melecet2. Mengadu kat kawan saya. Dia cakap stop pakai. Saya pun stop pakai. Nak kata ketat korset tu memang tak ketat dah. sebab masa tu saya dah pakai cangkuk ketiga dan masih ada ruang udara dah sebab badan dah mengecil daripada saiznya. Cuma mungkin tak sesuai dengan saya kot.
Sehinggalah awal bulan 3, saya diperkenalkan dengan Elysyle Dx Lingerie oleh kawan saya. Hanisah. Dia bagi saya untuk fitting. Saya pakai selama 3 jam. Ya Allah selesa sangat-sangat, rasa macam tidak percaya waktu itu. Sebab masa dia nak bagi pakai tu. Saya memang dah putus harapan untuk kembalikan bentuk badan dan kuruskan badan. Tapi lepas cuba pakai tu. Saya rasa bersemangat. Walaupun hanya diberi peluang pakai selama 3 jam. Tapi sangat-sangat berpuas hati.
Masa itu apa yang saya rasa adalah :
1. Tidak senak dan tidak sekak.
2. Duduk pun selesa tak de rasa kram-kram belakang seperti sebelum ini.
3. walaupun baru pertama kali pakai tapi tidak rasa gatal-gatal atau tidak selesa.
4. Tidak seperti pakai korset kerana ianya bagaikan kulit kedua.
5. Badan rasa ringan gitu, bahagian yang mengelebeh semua dah tersimpan kemas melekat di badan.
Ini adalah saya, pada hari pergi beli Dx Lingerie. Inilah kali ke-3 saya publish gambar di blog. Sebelum ini saya jarang tunjuk gambar saya, sebab jujur saya cakap malu dengan penampilan diri. Nak jumpa orang pun malu dengan baju yang tak de saiz. Sebab dah jarang beli baju, kat rumah saya hanyalah ber T-shirt dan kain batik sahaja. Baju-baju lain semua dah sendat. Tengok baju pun dah down sesangat. Orang yang pernah mengalami situasi macam saya ni akan paham macam mana perasaan itu. Terutama bila tengok baju masa zaman bujang. Yang saya rasa memang mustahil untuk saya muat balik baju-baju tu semua. Kalau dulu sekeping je badan, tapi sekarang dah berkeping-keping. Sebab gaya hidup yang pasif. Hanya duduk di depan laptop dan buat kerja. Serta tabiat makan yang sangat buruk. Saya tak makan banyak, cuma saya kerap makan lewat malam.
Pernah bila orang jumpa akan tegur saya ni pregnant ke? huhu sentap ok! Kalau betul-betul pregnant tak apa. Tapi saya memang tak pregnant. Memang sentaplah. Padahal badan sendiri yang gemuk, ada hati pula nak sentap kan? Siapa suruh tak jaga body.
Masa gambar ini di ambil berat saya yang pernah turun 65kg selepas saya berdiet dulu. Naik hingga 80kg. Wah! pembesaran yang sangat menggalakkan! Sebab saya dah tak ada hati nak diet dah masa itu. Ini ukuran dan berat badan saya sewaktu pergi beli Dx Lingerie.
Berat badan : 80kg
Dada : 38
Pinggang : 34
Punggung : 44
Memang dah macam pregnant dengan perut berlipat-lipat. Self-confident memang jatuh merudum. Muka pun nampak lebar dan besar...
Inilah saya selepas sebulan pakai DX Lingerie. Saya pakai Dx selama 8-12 jam sehari. Jujur cakap, tiada rasa gatal-gatal atau melekit-lekit sangat-sangat selesa. Seolah-olah tak pakai apa-apa. Tidak senak tidak sengkak. Berat dan ukuran saya sekarang:
Berat : 72Kg
Dada : 36
Pinggang: 32
Punggung: 42
Saya makan macam biasa, saya tidak bersenam, kerana saya adalah jenis yang tidak boleh bersenam kerana kaki saya mudah cedera akibat daripada kesan seliuh lama dulu yang tidak dirawat dengan betul. Jadi jika saya ingin betul-betul untuk kuruskan badan, saya perlu jaga pemakanan, dan jalankan kehidupan seharian yang aktif. Tapi saya makan macam biasa. Cuma sekarang ini saya cuba mengambil makanan dengan kuantiti yang sikit tapi kerap.
Untuk makluman semua, disebabkan tabiat makan tengah malam saya masih belum terhenti. Waktu malam pun saya masih pakai Dx Lingerie. Sehinggalah waktu nak tidur barulah saya buka, dan basuh (saya basuh setiap hari sangat cepat kering, 1-2 jam dah kering apabila diletakkan bawah kipas).
Saya pakai Dx sangat-sangat berbeza daripada korset sebelum ini. Selesa dalam melakukan setiap kerja. Kalau dulu nak solat pun rasa nak pitam, sebab waktu sujud rasa sesak nafas sesangat. Tapi sekarang tidak lagi. dengan Dx memang best. Anda patut cuba pakai untuk ambil pengalaman bagi membuktikan setiap kata-kata saya ini betul. Cuma satu perkataan yang selalu saya dengar daripada mereka yang cuba pakai iaitu SELESA. Untuk pakaian dalam, keselesaan adalah menjadi keutamaan. Tidak kira lah pakaian dalam mengandungi teknologi tertinggi ke apa. Tapi jika ia tidak selesa. Maka tidak bermakna juga bagi anda. Kerana pada saya, jika saya tidak selesa untuk pakai saya akan berfikir dua tiga kali untuk pakai. Tambahan kalau dah tidak selesa, penyakit malas dan bertangguh akan bertambah. Tapi dengan Dx tiap kali bangun pagi, perkara yang saya paling tidak sabar yang saya ingin lakukan adalah pakai Elysyle Dx Lingerie.
Untuk sebarang pesanan @ pertanyaan, Sila hubungi saya di:
☎ 014-8240118 @ 03-61274792
✉ whiteymommy@yahoo.com
memberangsangkan!!terbukti berkesan!!
ReplyDelete1.qma nampak body akk mmg ketara perbezaan sebelum pakai dan selepas pakai.sebelum pakai tu qma boleh nampak tang 'spare tyre' tu (maaf ye kak,komen jujur ni)walaupun baju tu qma rse jenis tebal kan tp ttp kelihatan jgk.
2. perbezaan lepas pakai body akak back to shape.seriously dah tak nampak 'spare tyre'tu.mmg betul lah akk ckp yg menggeleber tu boleh fit ke body balik pakai DX ni.
3. mcm yg qma ckp gambar yg menghadap ke sisi tu nampak posture akk tegak!!selari dgn punggung.tang punggung tu dh npk shape cantik.. :)
waahhh interesting lah kak..bile akk sndri buat testi ni.so qma yakin DX ni mmg selesa dan sangat bagus! tak sabar nk tunggu next month testi dan kejayann mencapai 50kg.tahniah utk fasa yg pertama.keep it up ok!!
Memang benar-benar terbukti qma..:) sangat selesa...
Delete1. Memang pun, baju tu kain jeans. kat dalam pakai Tshirt lagi tu... tapi masih nampak kan? punyalah tebal spare tyre den...
2. Ha ah... memang rasa sesangat perbezaannya. Badan lebih fit. Ni masih dalam proses nak remove lagi 22Kg... huhu... Moga-moga cepatlah 22kg ini di buang...
Tak sabar ni... hikhik masa akan menentukan kena istiqamah dan rajin serta disiplin. Akk dah lah tak boleh nak bersenam. Akk nak sangat-sangat back macam dulu. Sebab ramai sangat yang menghina. Ya lah dulu sekeping sekarang berkeping2 bila orang tengok gambar. Buat-buat terkejut. terasa juga hati ini kekadang... Moga testimonial akk ni dapat memberi semangat kepada mereka di luar sana...