Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

CONTEST HARI IBU


-gambar ni diambil masa aku baru lepas nangis tension dengan final year project..aku balik kampung jumpa mak...hm... ni tengah tunggu kereta sapu nak pergi ke stesen bas nak balik Universiti...

kebetulan aku nak buat entri pasal mak aku...
jadi aku join contest yang dianjurkan oleh Cik ija...
sempena hari ibu yang akan tiba ni...

aku dibesarkan tanpa ayah...
jadi mak la yang bertungkus-lumus untuk besarkan aku...
kesihatan mak aku memang tak mengizinkan...
kerana akibat penderaan yang ayah aku lakukan...
terhadap mental dan fizikalnya...
mak aku mengalami mental disorder yang agak lama selepas melahirkan aku...
tapi kuasa Allah s.w.t sangat besar...
walaupun mak aku tidak seperti orang lain...
aku dibesarkan dengan baik walaupun tidak sempurna...
selepas umur aku 3 tahun... mak aku pulih (ini mengikut cerita atuk aku)
aku masih ingat...tiada siapa yang nak jaga aku...
mak aku perlu bekerja untuk sesuap nasi...dan susu aku...
mak aku masuk direct selling (REVELL)
mak aku naik basikal dari rumah ke rumah untuk jual barang...
aku pula mak aku carry kat belakang...
yang paling sedih waktu berhujan...
aku kesejukan...
mak aku peluk aku bila berhenti kat bus stop...
sedih sangat bila aku ingat peristiwa itu...

mak aku pernah ambil upah kerja di sawah...
menyemai benih2 padi...
aku ikut sama...
sama2 main lumpur...
bawa bekal ke sawah...
makan sama2...

mak aku pernah kerja kat restoren...
masa tu kami tak de tempat tinggal...
pemilik restoren berikan kami satu bilik...
tapi bilik tu kotor...
mak aku alas dengan surat khabar...
bantalnya adalah kain baju...
aku ingat lagi peristiwa itu...

bila kami sudah senang sikit...
mak aku ambil upah cuci rumah orang...
mak aku mampu sewa rumah...
tapi mak aku kerja dengan penat...
tanpa cuti...
masa dengan aku pun dah makin takde...
tapi aku faham...
mak aku perlu cari rezeki untuk menampung hidup kami...
tapi alhamdulillah...walaupun mak aku tak macam orang lain...
aku mampu menjejak kan kaki ke menara gading...
itu membuktikan mak aku seorang yang berjaya mendidik anaknya...
"terima kasih mak...
sha sayang sangat kat mak...
sha janji akan bahagiakan mak...
semoga hidup kita dihari2 yang mendatang akan lebih bahagia dan diredhai oleh allah..."
mak adalah ratu hati sha...

p/s: Sekarang aku dah jadi seorang ibu... aku mengerti macam mana perasaan seorang ibu...

4 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™