Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Ibu... Ratu Hatiku



ibu adalah bidadarimu di dunia


ilustrasi kartun kat atas tu aku petik dari blog cik melur... aku hayati ilustrasi tu memang sangat2 menyentuh hati aku sebagai seorang ibu. sanggup berkorban nyawa untuk seorang anak. dan itu adalah sememangnya naluri semulajadi yang dijadikan oleh Allah yang sangat istimewa untuk seorang ibu. kerana di dunia ini, tiada siapa yang paling baik dengan kita selain ibu kita sendiri. walau apa pun keadaan anaknya mereka akan sentiasa menyayanginya.

Tapi apa yang menjadi persoalannya sekarang. Kenapa ada ibu yang sanggup membuang anak mereka sendiri tanpa belas kasihan. kenapa?kenapa? sebab aku ibu, aku tahu perasaan itu. masa anak aku baru lahir, masa kat hospital misi ambil anak aku untuk mandikan dan aku terdengar dia menangis aku gelisah. Dan bila doktor kata anak aku kena jaundis (sakit kuning) secara automatik air mata aku mengalir tanpa henti sebab aku fikir bukan2.sampai doktor tu cakap "tengok tu sayangnya ibu dia kat dia bila dengar anak sakit terus nangis" sebab orang lain bila dengar anak mereka dapat jaundis macam selamba aje. maklumla aku kan tak ada pengalaman lagi waktu itu macam mana nak handle anak. hanya Allah yang tahu hati aku masa itu.

tegar sungguh hati seorang ibu bila sanggup buang anak. dalam surat khabar, dalam berita macam2 bayi dijumpa. ada yang dibakar. ada yang sumbat dalam bekas gula. ada yang buang adalam tandas. ada yang buang dalam tangki air. ada yang buang dalam kolam. ada yang buang dalam tong sampah. senang je buang2kan. aku teringin nak tanya kat mereka yang menbuang tu: weh!!! tak sakit ke masa bersalin sampai senang2 je buang macam sampah? binatang pun tahu sayangkan anak". ini adalah akibatnya kalau manusia sudah hilang pertimbangan dan tidak tahu untuk membezakan perkara baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu.

Anak yang lahir ke dunia mengharapkan kasih sayang seorang ibu. kerana itu adalah janji allah dengan bayi bahawa ibu akan menjadi bidadari di dunia... kenapa seorang ibu sanggup mengkhianati janji itu. anak adalah amanah Allah kepada manusia. sepatutnya kita menjaganya dengan baik mengikut yang termampu. tapi bagi aku selagi aku mampu untuk bagi yang terbaik untuk anak2 aku. aku akan laksanakannya. apabila perempuan menjadi seorang ibu banyak kelebihan yang Allah berikan. antara yang aku tahu: ibadat yang dilakukan akan mendapat berlipat kali ganda berbanding mereka yang tidak menjadi ibu dan doa seorang ibu lebih makbul serta tiada hijabnya di disisi Allah. subahanallah ... tapi kenapa la ada orang yang tak mahu dengan keistimewaan ini.

aku sedih bila kenangkan nasib bayi2 yang dibuang. kesian. tiap kali bila tengok dalam tv, baca dalam surat khabar. aku yang bukan mak bayi tu pun boleh menangis. tapi ibu yang membuangnya tu? tak da perasaan ke? kejam macam jahiliah!!! bayangkan buang bayi yang tengah meronta2 tu kedalam air. kalau bayi tu pandai bercakap mesti dah menjerit2. cuba bayangkan. SEORANG IBU YANG KEJAM TIDAK LAYAK UNTUK DISANJUNGI. ya allah... jauhkanlah seluruh keturunanku dengan sifat2 yang engkau mungkari...amin...


p/s: aku tulis ni dengan hati sedih dan nangis2...

2 Comment (s):

  1. Hanya seorang ibu sahaja yg mengerti hati seorang ibu..Kita kuatkan semangat! :)

    ReplyDelete
  2. betul puan julia...sedih sangat2 bila tengok baby kena buang... ya allah... bergenang air mata... tgk gambar kena sumbat kat dalam bekas gula2 la... kena bakar...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™