Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Gambar Aku Paling Jelik!!! haha

bagus2 makin banyak lak jana ni bagi aku tag...
selama ni aku je yang ngetag dia...
balas dendam ek?
hehe gambar aku yang paling buruk...
okey!



1. yang ni memang rank yang pertama dalam folder aku...
aku ambil gambar ni masa aku lepas penat kerja...
masa ni aku pregnant...
tapi kena handle sushi bonanza...
memang ramai sangat customer masa tu...
ya la... sushi semua harganya Rm2...
aku penat!
aku ambil la gambar ni!
wah2!
yang aku paling tak tahan...
part hidung,,, nampak macam kembang
macam jambu air gemuk!
kahkahkah



2. yang ni rank kedua...
masa ni aku tengah mengandung juga...
hehe konon2nya nak
buat muka comel...
tapi bila aku tengok balik...
macam mentadak mentadu pulak...
hahah...


3. yang ni rank ke tiga...
sesaja ambil gambar...
berangan ala2 mata aku yang sepet ni jadi bulat...
rupanya jadi macam ni...
patutla mata aku sepet...sesuai...
gambar ni dicrop ya... sebab free hair...

hehe tag yang memalukan...
jana! mesti ko gelak2 ni....
nak tag lagi!!! hehe

Rambutan Mesti Ada!!! hehe


aku rasa kalau bab2 makan ni...
time aku mengandung memang merabang...
itu nak makan ini nak makan...
hish! cite pasal mengandung lagi ke?
heh! suka hati aku la...
aku masa mengandung memang hantu buah...
kat rumah mesti ada...
kalau tak memang tak lalu nak makan nasi ...
tapi masa aku mengandung...
citarasa aku ikut trimester...

trimester pertama...
aku giler sangat dengan buah tembikai...
hari2 mesti aku minta suami aku beli sebijik...
haha habis aku balun sorang...
terror tak?
ingat lagi masa tu pukul 4 pagi...
aku teringin nak makan... suami aku pergi beli...
nasib baik pasar borong dekat...
aku makan sampai sakit perut...hehe
pastu mengadu sakit plak...
orang kata: perempuan mengandung tak boleh makan tembikai sebab sejuk...
tapi aku makan juga...kira macam degil la ni...
tapi dah lama lepas orang kata...aku ada beli buku petua mencerdaskan minda
penulisnya...dato' siti nor bahyah...aku suka!
dia cakap: tembikai adalah salah satu makanan yang mencergaskan minda dan membuatkan kita jadi bijak...
dari segi saintifik pulak... tembikai ni makanan yang high glycemic index (makanan tinggi gula) ...
jadi kalau makan cepat jadi gemuk... dan mudah mengantuk...
hehe...memang la dah balun habis sebiji...
mana tak mengantuk...kahkah

lepas dah boring makan tembikai!
aku makan jambu madu...
hari2 la suami aku beli jambu madu...
balik je dari keje mesti ada dia belikan...
baik hati sungguh!
hehe
aku pergi klinik!
misi nasihatkan aku makan banyak jambu batu...
sebab kaya dengan vitamin C...
hahaha tu pun aku duk ulang beli hari2 juga...
pasar borongkan dekat je dengan rumah aku...
jadi makanan macam ni memang tak de masalah..'jadi takkan kempunan punyala...

masuk trimester kedua...
masa tu musim durian dengan rambutan...
aku suka...
memang jadi hantu la aku...
buah durian...
aku beli hari2...
suami aku makanla mula2...
dah lama2 dia pun dah boring...
tapi aku tak boring....
tapi masa makan durian memang panas...
huhu suami aku tanya sepupu dia...
apa lagi menjeritla kak as bila tahu aku makan durian...
dia cakap makan sikit tak pe...
ni sampai hari2 makan...
takut nanti keguguran...
sejak hari tu...suami aku dah tak bagi aku sentuh pun buah durian...
masa 5 bulan aku dah stop makan durian...
tapi kekadang curi2 juga makan...
aku pergi maidin...
beli yang dalam paket kecik2...setakat 3 ulas je...
tak de la sampai habis 3 biji sehari...
hehehe

rambutan pula...
memang kebetulan masa aku mengandung tu musimnya...
sampai hari aku nak bersalin aku makan lagi rambutan...
sedap! sedap! sadap!
suami aku pun layankan...
beli sekilo sehari...
dan ianya mesti habis kat aku je...
kalau time cuti...
beli 2 kilo sehari...
ngeh...ngeh...
masa aku dalam pantang aku cerita pasal rambutan ni kat mak cik yang urut aku!
dia cakap rambutan tak boleh makan...
nanti anak jadi c***t...simpang!
tapi alhamdulillah anak aku tak de apa2 pun...
rambutan tukan ciptaan allah...
semua pun boleh makan...
cuma kena bersederhana...hehe

trimester ketiga...
aku nak makan mata kucing, pauh mah itam (versi kelantan) n cempedak!
sedap2...ngeh2...
mata kucing pun aku makan hari2 juga...
hehehe siapa yang melayan?
suami aku la beli..
kebetulan dia pun memang hantu dengan buah ni...
tapi aku makan buah ni tak lama...
sebab setiap kali aku makan...
perut aku mesti sakit!
sakit sangat2...
jadi aku pun dengan rela...
stop sendiri makan...

pauh mah itam
ni loghat kelantan...
sebab bahasa formalnya aku tak tahu...
mangga ni lain...ada jual kat kelantan je...
sebab buah ni dari thailand..
memang kegemaran aku dari kecik lagi...
dia punya kulit warna hijau...
isi dia warna oren...
memang manis likat...
hehe yang ni mak aku bawa dari kelantan masa dia datang tengok aku...
yang ni memang tak boleh makan hari2 la...
sebab jauh kat kelantan nun....
mak aku bawa 5 kilo...
aku pun makanla...
suami aku ikut sama...
sebab bab2 mangga ni dia pun memang hantu...
makan kedua2nya menjadi hantu untuk seketika...
hehehe

dah nak akhir2 kau pregnant tu...
musim cempedak...
aku memang teringin lama dah nak makan cempedak...
tapi masa tu tak musim jadi takde la...
tapi suami aku bawa balik cempedak yang dah goreng...
tapi tak sedap...
nak kena goreng sendiri juga baru sedap!
kebetulan masa tu mak aku ada...
hm... suami aku pun beli la cempedak...
dan mak aku pun gorengkan untuk aku...
sedap2! dua biji habis aku makan...
kahkahkah itu bukan makan tapi melantak...

tapi kalau diingat2kan balik memang masa mengandung nafsu makan aku tinggi...
hehe sampai berat badan naik 25 kilo...
huhu masa tu misi dah risau takut baby besar...
tiap2 bulan kena minum air gula cek kencing manis...
tapi alhamdulillah...
aku tak de penyakit...
dan khalis masa dalam perut...
tahap pembesarannya adalah normal...
tak besar dan tak kecil...
syukur ke hadrat ilahi...
kerana hadiahkan sesuatu yang paling berharga...
dan tidak ternilai...

Petua Tepuk Untuk Bayi


sebagai ibu kalau anak sakit memang risaukan...
bukan senang nak dapat anak...
anak ni anugerah...
penjagaan pun kena la baikkan...
aku ada buat entri pasal anak aku tak sihat...

pasal doktor wangsa maju tu cakap baby kena tepuk tak digalakkan makan ubat...aku mencari teknik menepuk...
tapi takde dia punya ilustrasi...
hanya teknik2 dia..
tapi ini penting!

aku sekarang bila dengar ubat memang tak baik untuk baby...
aku lebih senang untuk menggunakan petua2 tradisional atau rawatan secara praktikal yang tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan...
lagipun ubat ni memang bukan elok pun...
sebab tu ada pepatah ( pepatah ke?) mencegah lebih baik daripada merawat...
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah
sumber:pmr
hm... harap ni berguna untuk semua orang...
sayangilah anak anda...
sebelum memberi sesuatu...
tanya pada yang lebih berpengalaman...
tatapi ikut kata hati seorang ibu...
macam aku...
kalauaku rasa berat je nak buat sesuatu mesti tak elok untuk anak...
jadi cari altenatif lain...http://emo.huhiho.com


Seekor ikan keli Sehari

bila ingatkan balik masa aku pregnant dulu...
memang banyak sangat cerita dan pengalaman...
sesuai sangat la nak buat entri blog...
cerita pasal ikan keli...
aku ni kalau bab ikan air tawar memang tak boleh nak telan langsung...
tengok pun macam dah loya...http://emo.huhiho.com
terutamanya ikan keli...
kalau orang suka sangat dengan ikan keli berlada...
aku pun jadi heran...
tapi minat dan kesukaan orangkan lain2..
jadi aku jangan harapla nak makan...
ikan keli ke...
ikan patin ke...
ikan haruan ke...( yang ni aku terpaksa makan masa dalam pantang ... 3 hari je makan... hehe lepas tu memang dah tak boleh nak telan... tidak....)
yang kepalanya ala2 macam tu...
aku geli sikit nak makan...
masa mengandung... keadaan aku jadi berubah...http://emo.huhiho.com
ikan keli yang aku tak suka...
tak boleh pandang..
telah menjadi kesukaan aku...
kat selayang mall tempat aku kerja ada food court...
kat situ memang hari2 ada jual lauk ikan keli masa berlada...
suatu hari... masa tu aku mengandung 4 bulan...
rasa macam teringin sangat nak makan ikan keli...
aku pun makan la...eh!!! hairan binti pelik!http://emo.huhiho.com
aku tak loya pun lepas makan...
esoknya... aku nak lagi...
begitu juga dengan esoknya...
dan esoknya...
serta esoknya...http://emo.huhiho.com
bila tiba hari aku cuti...
aku rasa bila makan nasi dengan lauk lain...
aku tak kenyang...
pe lagi pedih ulu hatila jawabnya...
esoknya pergi kerja...
terus pergi kedai makan tu...
masalahnya... ikan keli masak berlada dah habis...
rasa macam nak nangis...http://emo.huhiho.com
agaknya makcik yang jaga kedai tu nampak kot...
dia pun cakap
"kak yong! (panggilan untuk aku... sebab pregnant kot...) takpela... mulai esok, makcik simpan satu ikan keli... tapi jangan tak datang pulak"
hehe... aku pun happy...http://emo.huhiho.com
dan mulai hari itu... setiap hari seekor ikan keli aku makan...
orang kata tak boleh makan nanti bisa badan...
tapi aku tak da pulak rasa macam tu...
hm... pelik betul pengalaman aku...
hehe tapi sekarang aku dah boleh makan la ikan keli walaupun tak sekerap masa mengandung...
takde la macam sebelum ni yang langsung tak boleh nak sentuh ikan keli....http://emo.huhiho.com

Mengidam Nak makan Delima!!!

-gambar ni ambil dari En Google... delima kampung (kanan) dan delima bandar (kiri)...

heh! aku tak preggy la...http://emo.huhiho.com

ni cerita masa aku pregnantkan khalis...
aku pernah mengidam nak makan buah delima...
tapi delima kampung...
masa tu aku pregnant 2 bulan...
aku cakap dengan suami aku...
nak makan buah delima kampung...
dia cakap mana nak cari... buah delima kat pasar borong ada la...
aku pun macam ala2 frust pun ada la...
tapi tetap juga nak makan...http://emo.huhiho.com

aku kerja lagi masa tu kat selayang mall...
aku pun ajak la assistant aku...
sapa lagi kalau bukan neeza...
hehe tapi aku konpem...
aku cerita pun dia tak kan tahu...
sebab dia bukannya jenis suka membaca...
balik pada aku ajak dia pergi mydin...
konon2nya nak cari delima kampung kat mydin...
hehe last2 makcik yang kat situ kata susah nak cari...
beli je la yang ada ni...takut nanti kempunan...
aku pun beli... RM6.00 ..mahal tak ingat...tu sebiji ya...diulangi sejibik...
hm...aku makan...tapi tak hilangla rasa mengidam tu...
huhu masa tu rasa macam seksa sangat...
sampai makan tak kenyang...http://emo.huhiho.com

bulan februari 2009...
aku pindah rumah...
kebetulan masa aku dengan suami aku pergi tengok rumah sewa..
tetiba aku terpandang buah ajaib!!!
keke memang ajaib pun...http://emo.huhiho.com
kat rumah sebelah rumah baru aku tu...
ada sepohon pokok delima yang sangat lebat buahnya...
aku pun cakap kat suami aku...
supaya minta beli dengan tuan punya pokok tu...
tapi suami aku malu!!! ceh! menangis la aku apa lagi...http://emo.huhiho.com

siap macam gaduh2 pasal buah delima...
lepas tu aku pergi kerja...
suami aku hantar mesej : abg dah minta buah delima tu...ada kat atas tilam...nanti balik makan ya...
hehe aku dengan suka hati.. terus happy...http://emo.huhiho.com
balik2 rumah itu yang aku cari dulu...
tapi... malang sungguh! rupanya buah delima tu suami aku beli kat pasar borong...
aku kenal la buah delima bandar...
tapi aku makan juga...
dah makan tu masih lagi rasa nak makan buah delima yang kat sebelah rumah...
huhu yang paling malu...
hari2 nak pergi kerja...aku pandang kat pokok tu...
balik kerja pun aku pandang je kat pokok tu...http://emo.huhiho.com
padahal buahnya tak la secantik buah delima bandar ...
tapi aku nak jugak!!!

last2 dapat juga...
suami aku dengan aku cuti masa tu...
tetiba aku dengar suami aku tegur orang...
aku tengok dia bercakap2 dengan pakcik sebelah...
aku biarkan je...
suami aku balik ke rumah...
kat tangan dia ada buah delima!!!!
wah!!!! happy gitu...http://emo.huhiho.com
hm... aku makan sampai habis...
tapi sebenarnya buah delima kampung tak sedap berbanding delima bandar...
bezanya... rasanya pahit dan masam...isinya tak tebal...biji je yang besar...dan bijinya keras...
delima bandar manis... isi tebal... bijinya memang lembut...
tapi aku mengidam nak makan yang kampung...
hehe biasala... yang kampungkan intan terpilih...

aku memang suka makan delima sejak aku kecik lagi...
mak aku selau beli buah ni...
mak aku cakap makan buah delima jadi bijak...
hehe bijak ke aku?
tapi aku pernah tengok ada petua untuk mendapat anak bijak...iaitu makan buah delima semasa mengandung...
hehe patutla aku mengidam nak makan buah delima...
rupanya khalis nak jadi orang yang bijak...
hehe pandai ya anak ibu!!!
hm... tapi khalis memang bijak! ( bukan puji ya! ini betul2)... umur dia 2 1/2 bulan dia dah pandai panggil ... bu...bu... haha terkejut jiran2 aku...

hm... itu la alkisahnya aku dan delima...http://emo.huhiho.com

Khalis Selsema...Ada batuk sikit2...nafasnya berbunyi...



hari ni khalis macam dah kurang selsema sikit... batuk pun ada sikit je... nafas pun dah tak bunyi lagi...
aku memang ingat hari ni nak bawa khalis pergi jumpa doktor...
tapi hati aku ni macam berat je...
apatah lagi kaki...hehehe tu malas namanya nisha!
hm... tapi ni semua naluri seorang ibu kot...
dalam anak aku bernafas berbunyi tu..
baru macam nak search maklumat pulak...
aku jumpa banyak info...
yang paling gempak...sebenarnya bayi memang tak boleh terima ubat batuk atau ubat selsema sehinggala berumur 6 tahun...
hah!!!
habis tu yang selama ni...doktor bagi je ubat kat baby macam mana pulak tu?
hm... zaman kan dah moden...jadi macam2 la penemuan dalam bidang sains...
ni maklumat yang aku dapat kat laman web bengkung
hm...
Menurut doktor di Klinik Wangsa
ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun.
Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut.
Menurutnya, mudah saja…
jika seseorang kanak2 batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru.
Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak.
Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru.
Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu.
Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.
Menurut doktor ini,
cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak.
Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan.
Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak - sudah tentu ia dilakukan oleh doktor Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A Seksyen 1
Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

kalau dah tak boleh pergi klinik...
altenatif yang ada aku nak cuba rawatan tradisional dulu...
hm... aku search kat mr.google...
petuanya memang senang...
dan yang pernah cuba pun memang jadi...
yang ni guna jika selsema...


1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit
Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan.
Sapu pada sepanjang batang hidung bayi
yang ni kalau nak guna kunyit saja pun boleh juga...

malam ni aku hanya ada kunyit je kat umah...
jadi aku cuba dulu kunyit sahaja...
okey!
2.Gunakan madu
Madu mengeringkan kahak.
Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
madu ni untuk anak aku tak sesuai lagi...
sebab madu tak sesuai untuk baby umur kurang dari 12 bulan...
sebab boleh menyebabkan alergic...
hati2 bagi madu...sebab banyak menyebabkan risiko kematian bayi...

3.Petua menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih ,
ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya.
Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
daun sirih ni mana la aku nak cari...
kat kampung memang la banyak...
sini KL...mungkin ada...tapi payah la nak cari...

Petua hidung bayi tersumbat:
Ambil beberapa sudu air bersih masukkan dalam piring kecil.
campurkan sedikit garam.
Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air
Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan sebelum tidur.
Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap
dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

hehe petua ni pun jimat kos juga...
tapi khalis tak de masalah untuk tidur...
cuma nafas je yang berbunyi...
tak pe sok pergi jumpa doktor...
tapi ubat kita tak payah makan...

Menghilang Batuk Pada Bayi
Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air.
Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda.
InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.
ni petua bagus!
tapi mana aku nak cari daun kaduk ni!!!

ibu doakan khalis cepat sembuh...
tapi nafas nya berbunyi sikit2 dah sekarang...
sebab aku dah stop bagi bayam...
aku bagi makan brokoli pulak..
hm... ke bayam penyebabnya...
kan bayam tu sejuk...

p/s: rasa macam nak pergi je jumpa doktor yang kat wangsa maju tu... tapi...jauh...camner2...

Aku Pernah Ada Mak Angkat....


aku ingat lagi masa aku darjah 6 hingga tingkatan 1 dulu...
aku tinggal dengan mak angkat...
mak aku cakap kat aku
"mak tak de duit ni...sekurang2nya kalau sha tinggal dengan mak angkat... sha tak da susah sangat... nanti bila mak ada duit mak ambil sha ek..."
aku pun bila mak cakap macam tu...
menangis tak ingat dunia la...http://emo.huhiho.com
tapi terpaksa juga akur dengan keputusan mak...
aku pun tinggal dengan mak angkat aku...
masa tu aku sekolah kat Sek.Ren.Keb Gombak 2...
mula2 bila tinggal dengan orang ni semuanya mesti baikkan?
aku asyik nangis je... dan mak angkat aku tu mesti pujuk aku...
bawa pergi jalan2 kat jusco wangsa maju...
pastu beli macam2 barang yang aku suka...
masa tu aku suka sangat denga kartun Garfield...http://emo.huhiho.com
dia pun belikan lah...
lama2 tu aku boleh terima tinggal dengan dia...
rumah dia ada orang gaji...
hm... aku masa tu kan kira macam kecik lagi...
umur baru 11 tahun...
kira macam budak2 bukannya tahu apa2...
aku dilayan dengan baik selama 3 bulan je..http://emo.huhiho.com.

lepas tu nampak la tocangnya...
aku pernah dengar yang dia cakap orang putih dengan member dia yang tujuan dia ambil aku adalah untuk jaga anak dia...
dia ingat aku tak paham bahasa inggeris ke?http://emo.huhiho.com
masa aku sekolah kat kampung dulu...
bahasa inggeris aku selalu dapat tinggi...
memang la aku tak pandai nak cakap...
tapi takkan la sampai bodoh sangat tak faham...http://emo.huhiho.com
aku sedih...
orang gaji dia pulak macam batu api...
aku sedih... percaya pulak dengan bangsa asing...
sebab tu sampai sekarang aku memang tak suka dengan orang indon (maaf ya! tapi ini kenyataan yang aku tak dapat nak ubah sampai sekarang)...http://emo.huhiho.com
banyak sangat peristiwa yang berlaku selama aku tinggal dengan mak angkat aku...
ya la kan... memang la berbudi dengan aku sebab bagi aku makan...
tapi... aku pun manusia...
bukan binatang...kok ya pun kalau tak suka jangan la ambil...
kenapa tak fikir awal2?
dia janji ngan mak aku... kata nak jaga aku elok2...
nak sekolahkan aku sampai aku masuk universiti..http://emo.huhiho.com.

aku ingat lagi...
mula2 bagi duit belanja kat aku rm2...
lepas tu dia bagi aku rm1.50...lepas aku buat salah apa ntah...http://emo.huhiho.com
kat sekolah pulak... nasi lemak dah rm1... air pulak 60 sen...
dah la kat rumah tak makan...aku hanya makan pada waktu malam je...
mula2 dulu selalu je dia sediakan sarapan untuk aku...http://emo.huhiho.com
lepas tu dah tak de dah...

aku pernah sakit perut...http://emo.huhiho.com
aku tahan... sampai guling2...
yang paling aku sedih dia dengan mak dia cakap kat aku...
nak kami pam dengan pam tandas ke?
baru tak sakit...
lepas tu mereka gelakkan aku...
ya allah...kenapa macam kejam sangat ek?
aku budak lagi masa tu...http://emo.huhiho.com

aku pernah kena tuduh curi tisu dia yang kecik2...
aku tak niat nak curi...
aku ingat nak ambil je satu...
la... lagi pun tisu je pun...
bukannya barang kemas...
aku sedih...pasal tisu je orang kata aku pencuri...http://emo.huhiho.com

aku dulu suka makan ayam kampung masak gulai...
aku ada telefon mak aku...
mak aku pun bawakanlah makanan tu...
lepas mak aku balik...
dia cakap "macam kat rumah ni tak pernah makan ayam...kebulur sangat la nak makan ayam yang mak dia masak"http://emo.huhiho.com

mak aku ada bagi duit RM50... dengan al-quran kecik warna hijau...
tapi duit tu aku simpan ...
aku tak guna...
sebab aku sayang...
mak aku yang bagi...
dia terjumpa duit tu...
aku kata mak aku bagi...
dia tak percaya dia cakap aku curi duit dia...
ya Allah tuhan aja yang tahu apa perasaan aku masa tu...http://emo.huhiho.com

tapi peristiwa yang aku tak boleh nak tahan lagi...
lepas hari raya...
aku dapat duit raya dalam RM250...
aku masukkan dalam tabung...
masa tu aku dah masuk tingkatan 1...
banyak sangat barang yang nak kena beli untuk kelas lukisan..http://emo.huhiho.com.
poster colour nak kena beli...
lepas tu alat2 tulis lagi...
aku minta duit dengan dia...
tapi dia tak bagi...
aku pun guna la duit raya tu...
belanja sekolah pula...
masuk sekolah menengah memang makin mahal...
aku kan masa tu nak membesar...
makan pun mesti la makin banyak...
perut pulak asyik lapar je..http://emo.huhiho.com.
sakit perut...
tak leh nak tumpukan perhatian untuk belajar...
aku guna la duit raya tu untuk buat belanja...
suatu hari...
dia minta duit raya aku...
dia cakap dia nak simpankan...
aku cakap...
dah habis aku gunakan...
apa lagi...dia terus pukul aku dengan hanger...
tiga hanger patah...
tabung pulak...berkecai dia baling....
badan aku penuh lebam2...http://emo.huhiho.com
hanger tu bukan hanger yang kecik2 tu hanger yang besar satu jari...
tebal lagi...
yang biasa orang buat sangkut kot...

agaknya mak aku ni tahu aku kena seksa...
mak aku pergi jumpa aku kat sekolah...
terkejut mak aku tengok badan aku lebam2...
mak aku cakap...
"nak balik duduk ngan mak semula tak?"
aku mesti la jawab nak...

lepas balik dari sekolah tu...
aku cakap ngan mak angkat aku...
aku nak duk ngan mak aku semula...http://emo.huhiho.com
dia marah2 la kata aku tak mengenang budi...
aku tak kisah ...yang penting aku nak mak aku je masa tu...
aku budak...tapi dia layan aku macam apa...
sepatutnya apa yang tak kena dia kena tunjuk ajar...
itu namanya anak...
tapi ni tak...bila tak kena...terus maki2 kutuk2...http://emo.huhiho.com
aku yakin apa yang dia buat pasti ada balasannya...
aku minta maafla kalau hadir diri aku dalam keluarga itu menyusahkan...
tapi bukan aku pinta...
mereka yang nak ambil aku jadi anak angkat...
konon nak buat macam anak sendiri...
tapi...aku tak pernah rasa pun aku ni dianggap seperti anak...
kekadang macam orang gaji...
kekadang macam hamba...
maafla...kalau terasa...
tapi aku ucapkan terima kasih sebab pernah bagi aku makan, minum, pakaian dan tempat untuk berlindung...http://emo.huhiho.com


Khalis tumbuh gigi ke-2...



dari hari ke hari macam makin tak sedar pulak...
khalis dah makin besar...
dah makin bijak...
sekarang dia dah pandai bezakan ibu dengan baba...
dengan siapa dia nak dengan sapa dia tak nak...
sekarang ni asyik meragam sebab gigi ke-2 dia dah mula tumbuh...
Yayy!! untuk khalis...

hm... sekarang pun asyik nangis...kalau berenggang je ngan aku nangis...
macam mana tu...
memang tak bleh wat kerja la jawabnya...

sekarang ni kalau nampak hp ke kamera ke...
memang suka sangat2...
kalau aku kata senyum...
automatik memang akan senyum la...
hehe..
tapi kekadang khalis ni sensitif...
nangisnya syahdu sangat kalau didengari...
hehehe ibu sayang khalis...
nanti bila dah besar nanti...
ibu yakin khalis pasti baca... ibu buat ni supaya kita ada kenangan nanti...

CONTEST HARI IBU


-gambar ni diambil masa aku baru lepas nangis tension dengan final year project..aku balik kampung jumpa mak...hm... ni tengah tunggu kereta sapu nak pergi ke stesen bas nak balik Universiti...

kebetulan aku nak buat entri pasal mak aku...
jadi aku join contest yang dianjurkan oleh Cik ija...
sempena hari ibu yang akan tiba ni...

aku dibesarkan tanpa ayah...
jadi mak la yang bertungkus-lumus untuk besarkan aku...
kesihatan mak aku memang tak mengizinkan...
kerana akibat penderaan yang ayah aku lakukan...
terhadap mental dan fizikalnya...
mak aku mengalami mental disorder yang agak lama selepas melahirkan aku...
tapi kuasa Allah s.w.t sangat besar...
walaupun mak aku tidak seperti orang lain...
aku dibesarkan dengan baik walaupun tidak sempurna...
selepas umur aku 3 tahun... mak aku pulih (ini mengikut cerita atuk aku)
aku masih ingat...tiada siapa yang nak jaga aku...
mak aku perlu bekerja untuk sesuap nasi...dan susu aku...
mak aku masuk direct selling (REVELL)
mak aku naik basikal dari rumah ke rumah untuk jual barang...
aku pula mak aku carry kat belakang...
yang paling sedih waktu berhujan...
aku kesejukan...
mak aku peluk aku bila berhenti kat bus stop...
sedih sangat bila aku ingat peristiwa itu...

mak aku pernah ambil upah kerja di sawah...
menyemai benih2 padi...
aku ikut sama...
sama2 main lumpur...
bawa bekal ke sawah...
makan sama2...

mak aku pernah kerja kat restoren...
masa tu kami tak de tempat tinggal...
pemilik restoren berikan kami satu bilik...
tapi bilik tu kotor...
mak aku alas dengan surat khabar...
bantalnya adalah kain baju...
aku ingat lagi peristiwa itu...

bila kami sudah senang sikit...
mak aku ambil upah cuci rumah orang...
mak aku mampu sewa rumah...
tapi mak aku kerja dengan penat...
tanpa cuti...
masa dengan aku pun dah makin takde...
tapi aku faham...
mak aku perlu cari rezeki untuk menampung hidup kami...
tapi alhamdulillah...walaupun mak aku tak macam orang lain...
aku mampu menjejak kan kaki ke menara gading...
itu membuktikan mak aku seorang yang berjaya mendidik anaknya...
"terima kasih mak...
sha sayang sangat kat mak...
sha janji akan bahagiakan mak...
semoga hidup kita dihari2 yang mendatang akan lebih bahagia dan diredhai oleh allah..."
mak adalah ratu hati sha...

p/s: Sekarang aku dah jadi seorang ibu... aku mengerti macam mana perasaan seorang ibu...
 
Copyright © Whitey Mommy™