Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Terkadang Sering Terkenang

Pernah tak kekadang tanpa sebab anda akan berasa sedih??? Kekadang saya selalu rasa macam tu... Terutama lepas bersalin... kemurungan ke tu? Bila selalu teringatkan apa yang orang lain pernah buat pada saya... Rasa sedih sangat2... Dah la saya memang di asuh untuk berdikari sejak dari kecil masa darjah satu kekadang perasaan cemburu bila melihat kawan2 berada dalam pelukkan mak... tapi saya tak... Saya tahu sebab mak saya perlu cari rezeki untuk menyara hidup kami dua beranak. Tiada sokongan sesiapa hanyalah berbekalkan  tulang 4 kerat. 

Mungkinkah pengalaman2 seperti ini yang membuatkan saya kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan hari2 mendatang. Alah bisa Tegal biasa. Tapi sebagai perempuan terkadang ada juga waktu2 yang kita tak kuat untuk menghadapi... dan kekadang terasa perlukan tempat bergantung, mengadu, dan mendengar cerita2 duka saya. 

Bila dah berkahwin, dan mempunyai anak pula terlalu banyak yang perlu difikirkan, perlu menjaga hati orang lain. Bukan apa komitmen dah tinggi dan mempunyai anak yang perlu dididik dengan sempurna. Walaupun tidak dengan harta benda yang berganda2 cukuplah jika saya dah mendidik anak saya dengan Akhlak yang mulia... Terasa besar tanggungjawab ini untuk dipikul... terutama zaman sekarang banyak cabarannya...

Hati saya mudah terluka. terlalu sensitif. senang memaafkan tetapi sukar untuk melupakan... Please Don't break My heart. Hati ini sudah lama terluka. Bisanya di dalam tiada siapa yang boleh lihat.

[Monolog Hari Sabtu]

2 Comment (s):

  1. Erm kak bee faham. . .same gak dr kicik kak bee membesar sdr,emak kerja nk nyare ank 6 org. .pas2 dah kawin ni kadang2 moody bebukan gak ,nasib en.somi paham. .sabar yer sha.

    ReplyDelete
  2. perasaan gitu paling kerap akak rasakan apalagi hidup tanpa suami..anak2 kerap tinggalkan akak sorg2..apa yg mereka tahu tentang kesunyian seorg perempuan..kdg rasa nk menjerit, kdg rasa nk lari jauh2..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™