Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

The Day You Were Born is the day I was Born

sudah lama ibu ingin titipkan pengalaman ibu bergelar seorang ibu untuk menjadi tatapan Khalis apabila dewasa nanti... Insyaallah... semoga Khalis akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat...amin...

Tanggal 4 September 2009
Ibu rasa tidak selesa duduk tak kena baring pun tak kena. Masa tu memang ibu tak expect yang ibu akan bersalinkan Khalis kerana tarikh untuk bersalin lagi dua minggu... terlalu jauh... ibu terasa seperti ibu terkencing tapi... bila cek kat toilet rupanya bukan... tetapi air yang jernih... eh??? dalam hati ibu tertanya2... apa ya...masa tu ibu keseorangan dirumah. Baba Khalis kerja. jadi ibu diamkan aje...dan cuba untuk tidak banyak bergerak kerana bila bergerak seakan makin ketara terasa ada air yang keluar... lagipun mengikut pembacaaan ibu, air ketuban biasanya banyak bukan sikit2...

Petang tu, baba Khalis pulang. Ibu terus maklumkan dan baba Khalis kata "malam ni lepas berbuka puasa kita terus pergi ke Hospital. Ibu dah ready semua kelengkapan untuk Khalis dan juga untuk ibu. Ibu tak expect yang ibu akan bersalin tapi... sebagai langkah berjaga2...

Ibu report masuk ke hospital pada pukul 9.30 malam... selepas doktor membuat pemeriksaan segalanya [luar dan dalam]... dan interview ibu tentang apa yang berlaku...doktor suspect ibu mengalami leaking dan ibu kena bersalin malam ini juga... bimbang baby akan lemas... ataupun baby akan terberak itu lagi bahaya kerana bimbang lagi kalau baby tertelan najis sendiri. akan menimbulkan pelbagai komplikasi terhadap baby....

Bukaan rahim masa tu baru 3 cm dan doktor memberitahu ibu lagi baby tak terberak lagi kerana daripada pemeriksaan air ketuban, warna air ketuban masih lagi jernih. syukur Alhamdulillah... ibu gosok2 Khalis kat dalam perut dan bercakap2 dengan Khalis "anak comel ibu... rindu sangat ibu dengan anak ibu...tak sabar rasanya nak tengok anak ibu bila dah lahir nanti"...

Doktor memberi injection antibiotik kepada ibu kerana ibu mengalami leaking, kerana dikuatiri akan terkena jangkitan bakteria samada pada ibu atau anak. Kemudian, doktor pecah kan air ketuban, perasaan masa itu adalah takut sesangat disulami dengan perasaan gementar dan juga gembira kerana bakal melihat anak ibu...

Pukul 11.00 malam ibu disuruh masuk kedalam bilik bersalin untuk membuat persediaan bersalin. Ibu disuruh melakukan procedur tertentu dan setelah selesai, ibu di suruh berbaring mengiring sebelah kiri [untuk mempercepatkan bukaan rahim] , dari masa ke semasa ibu dapat rasa kontraksi yang semakin kuat... sakit memang sakit...tapi alhamdulillah... ibu masih dapat bertahan. Awal2 lagi nurse dah pesan banyakkan baca ayat kursi dan juga doa untuk mudah bersalin dan minta maaf dengan suami... Baba Khalis sentiasa menemani ibu semasa sakit kontraksi itu...tapi waktu ini sakitnya tidak lah terlalu kuat . Ibu masih dapat menahan sakitnya di samping membaca doa2... Ibu juga disuntik ubat untuk tahan sakit. Nurse kata ubat itu perlu disuntik awal kerana bimbang kalau suntik masa dah nak bersalin ibu tidak ada tenaga untuk push baby...


Tanggal 05 September 2009
pada pukul 2.30 pagi, doktor wanita datang untuk memeriksa bukaan pangkal rahim... apabila selesai... bukaan baru 4 cm... untuk bersalin memerlukan bukaan 10 cm... jadi masa tu... doktor masukkan sejenis ubat yang diinject pada pergelangan tangan ibu [ ini mungkin ubat untuk induce-iaitu untuk mempercepatkan proses bukaan rahim]

Selepas ubat tersebut di suntik secara perlahan[menggunakan sejenis alat] ibu dapat merasakan sakit semakin kuat... sehingga satu tahap ibu dapat akui yang ibu merasa tersangat tidak tahan... dan mengadu dengan Baba Khalis yang sentiasa menemani ibu disebelah... walaupun sakit... tapi tiada setitis air mata pun keluar dari mata ibu... ibu cuba bertahan... ada sampai satu tahap ibu rasa sangat tidak tahan sakitnya... ibu meminta baba Khalis memangil doktor ibu nak bedah... hehehe masa tu rasa macam kelakar sangat... tapi bila doktor datang sakit tu rasa hilang pulak... dan doktor memeriksa bukaan rahim... doktor cakap "dah 7cm ni puan, sabar sikit je lagi"

Masa tu ibu tersenyum, rupanya ibu tak tahan sakit dah... hm... ibu cuba bertahan walaupun sakitnya memang terasa semakin kuat...

Ibu terus membaca doa2 dan sambil mengadu sakit kepada baba Khalis dan beberapa kali ibu sempat terlelap dalam keadaan menahan sakit untuk bersalin... mungkin ini adalah kesan daripada ubat tahan sakit yang diberi oleh nurse masa awal2 tadi...

Ibu tak tahu pukul berapa, ibu terjaga dari lelapan ibu dan terasa seperti hendak membuang air besar yang amat sangat... ibu mengadu kepada baba Khalis... tapi itu sesuatu mustahilkan... kerana tangan ibu terikat dengan tiub yang menghubung kan dengan ubat induce. ibu terus menahan dan ibu baring semula diatas katil. Ibu rasa macam nak buang air besar sesangat... Ibu minta baba Khalis panggilkan doktor...

Tetapi 2 orang nurse berbangsa India yang datang... kerana semua doktor dan nurse yang beragama Islam sedang bersahur waktu itu... Nurse membuat pemeriksaan bukaan rahim, "Puan, you dah boleh push ni ya, bukaan dah 10 cm... you bukan nak buang air besar tapi you dah nak bersalin" ibu sempat tersenyum sambil berkata " ya ke? la.. i tak tahu... cuma rasa nak terbuang air besar sesangat"

nurse tu balas balik" tak pe2 you push je... tangan pulak pegang pada buku lali ya" ibu membalas "ok" sambil menurut apa yang diajar... apabila nurse kata "push!" ibu pun push... sempat lagi nurse tu cakap " puan ni pandai la... dan bagus... and your cooperation is very good". Ibu cuma tersenyum...

Ibu Push kali ketiga dan ibu dapat rasa ada sumthing yang keluar dari rahim ibu... masa tu terasa lega dan terus terdengar anak ibu menangis... nurse kata"bagusla baby you... keluar je terus sedar, terus menangis" ibu mampu senyum... dan nurse tanya "baby you boy ke girl?" ibu cakap "boy" nurse kata " ya... betul, nah baby you..." nurse terus letak Khalis atas dada ibu, Khalis terus diam dan tak menangis lagi... masa tu Khalis tengah menangis2 dengan kuat juga.. tapi bila nurse letak Khalis atas dada ibu... terus Khalis diam...

Ya Allah... masa tu.. ibu terasa sangat2 gembira... syukur alhamdulillah... masa tu... tiada langsung rasa sakit... sedangkan nurse menjahit kesan luka selepas bersalin... ibu terus gosok2 kepala anak ibu... air mata menitis dari kelopak mata ibu... air mata gembira... air mata syukur...

Kemudia nurse cakap "i ambil baby you untuk mandikan ya..." Ibu cuma angguk sahaja... selepas Khalis dimandikan, Khalis diserahkan semula kepada ibu... untuk disusukan...:)

Itulah permulaan hidup Khalis... hari lahirnya Khalis maka lahirlah ibu sebagai seorang ibu... Ibu doakan anak ibu menjadi anak yang soleh, insan yang baik, disenangi oleh semua orang dan hidup bahagia dunia akhirat serta dirahmati oleh Allah s.w.t untuk selama-lamanya... Amin...

Ibu rindukan saat2 bersalinkan Khalis... anugerah yang tidak ternilai...

Muhammad Khalis Putra
05 September 2009 @ 15 Ramadhan 1430.
5:21 pagi
2.8 kg.

Ibu terlalu sayangkan Khalis... tiada kata yang dapat menggambarkannya...:')
[tetiba air mata mengalir masa menaip entry ini]

19 Comment (s):

  1. fuh tersentuh baca..mesti mak anne pun rasa macam ni:')

    semoga khalis jadi anak yang soleh dan cemerlang sahsiah serta akademik:)

    ReplyDelete
  2. @aNnE
    :) semua ibu akan rasa perkara yang sama anne... cuma mungkin sakitnya berbeza...
    amin...semoga Khalis akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat...:)

    ReplyDelete
  3. air mata sy pun mengalir lepas bc entry ni :'(

    ReplyDelete
  4. @zEri sAfEerA
    hm... suatu hari sis akan mengalami juga pengalaman berharga ini...:)

    ReplyDelete
  5. hurm,,, teringat kat mak lepas bc entry ni :)

    InsyaAllah akak pun mampu mnjaga dan memberi pdidikan terbaek buat khalis :)

    ReplyDelete
  6. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. terima kasih sis sbb berkongsi.

    ReplyDelete
  7. mengalir air mata lepas baca entry ni, sakit bersalin mmg tak macam sakit biasa. tapiii sakit membahagiakan bila tengok baby yg tak pernah kita jumpa. kan sha kan? terima kasih sbb kongsi.

    ReplyDelete
  8. lambat baru sempat baca entry ni.. insya'allah khalis akan jadi anak yg soleh dunia akhirat.. amin!!!!!

    ReplyDelete
  9. @nadzirah.zulkepli
    sama2... lebih untuk tatapan Khalis dihari muka...:)

    ReplyDelete
  10. @ch@
    betul cha... btul... sakit tu akan hilang bila kita tengok baby... rindunya saat2 itu...:)

    ReplyDelete
  11. @Salina@IbuAqil
    tak lambat ibu... entry ni baru je... amin...amin... :) terima kasih ibu...

    ReplyDelete
  12. nak nagis bace cerite nih. tros teringat kat mak. :)

    ReplyDelete
  13. x tau kenapa yana sebak.. teringat mama dan terfikir, sempat ke idak nak rasa pengalaman macam ni.. hekhekhek.. khalis lahir bulan Ramadhan.. =)

    ReplyDelete
  14. wah..rase..xtau nak ckp macam mane..bercampur baur..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™