Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Designer Copyright

Terima Kasih yang tidak terhingga buat kak Emila… kerana menerangkan dengan lebih lanjut tentang isu copyright ini. Sekarang saya dah faham dengan terperinci untuk skop copyright bagi template yang saya design.

Sebenarnya sudah lama nak publish entry tentang Copyright. Copyright penting untuk designer, especially template designer macam saya ni. Template memang tidak boleh dikawal. Cuma kesedaran sivik yang tinggi akan membuatkan orang akan prihatin terhadap perkara ini. Prihatin terhadap usaha orang lain. Prihatin terhadap masa dan penat lelah orang lain untuk mengusahakannya. Ya. Itu memang ungkapan yang tepat. Kesedaran Sivik.

Setiap template yang saya design dilesenkan dibawah 2 jenis lesen iaitu Creative Common License [untuk artwork yang di design sendiri oleh saya] dan GNU General Public License [untuk Setiap template XML yang saya coding]

Masih tak faham lagi kan, tak pe saya terangkan dengan lebih detail apa maksud dan skop yang di lindungi oleh lessen-lesen diatas ini.

Creative Common License
[untuk penerangan lebih lanjut klik pada link diatas. Ini saya huraikan untuk fokuskan kepada hasil kerja saya sahaja]
Lesen ini adalah untuk sebarang artwork yang terdapat dalam template yang saya design. Yang mana hanya boleh digunakan untuk kegunaan khas template sahaja.
Contoh: Artwork [Doll character] yang saya design untuk header. Hanya boleh diguna pakai untuk header sahaja. Tidak boleh anda ubah untuk dijadikan watermark, badge dan sebagainya. Untuk kegunaan ini pula, anda perlulah membayarnya dan saya akan design khas untuk kegunaan tertentu.

Sama keadaanya jika anda hendak mencetak sebarang artwork yang saya design. Anda perlu meminta kebenaran untuk melakukannyn, disini bayaran akan dikenakan. Sama keadaanya untuk kegunaan Facebook ataupun Twitter. Saya akan kenakan bayaran untuk design artwork bagi kedua-dua rangkaian social ini. Dan anda sama sekali tidak boleh kitar semula artwork yang saya design untuk template secara keseluruhannya

Bagi penggunaan Doll Character. Anda perlulah meminta kebenaran daripada saya untuk sebarang kegunaan. Melainkan saya meletakkan sebarang maklumat bahawa ia boleh digunakan secara percuma.

GNU General Public License
Lesen ini adalah untuk template XML yang saya coding. Anda sama sekali tidak boleh melakukan sebarang perubahan dan juga membuang kredit copyright yang berada dibahagian footer setiap template ataupun didalam template. Saya boleh mengecam setiap template yang saya coding, walaupun ianya telah diubahsuai daripada segi grafiknya. Tetapi codingnya tetap sama. Dan anda tidak dibenarkan sama sekali untuk umumkan template itu di design oleh anda.

Penerangan yang lebih lengkap tentang template yang saya design adalah hanya dilesenkan untuk kegunaan orang itu sahaja dan ianya tidak boleh ditukar kredit kepada nama orang lain atau sendiri melainkan anda membeli copyright keseluruhan template yang mana harganya lain daripada yang saya lesenkan untuk kegunaan anda.

Apa yang anda beli sebenarnya bukan template keseluruhannya tetapi adalah lesen untuk menggunakan template yang saya design jadi anda tidak boleh sama sekali melakukan sebarang perubahan, terhadap template tersebut dan lebih2 lagi membuang copyright saya.

Ini serba sedikit penerangan hasil perbincangan saya dengan Kak Emila. Banyak usaha yang saya guna untuk coding satu2 template. Kalau tengok contoh template Mommy Yen ini adalah memang saya hanya ubah daripada drafik sahaja. Jadi saya masih letakkan siapa yang coding template tersebut. Tetapi selepas saya dah rasa diri ini layak untuk coding sendiri. Barulah saya letak nama saya sebagai designer yang mutlak untuk template itu.

Saya akan menambahkan penerangan ini lagi untuk memudahkan pemahaman. saya akan sertakan dengan gambar... coming soon...:)

entry ini adalah untuk penerangan dengan secara terperinci. Saya kena menerangkan dengan lebih lanjut supaya faham akan maksud jual beli template yang saya design. Semua ini adalah pandangan dan fakta daripada insan yang lagi berpengalaman daripada saya. Coding template sangat mengambil masa. Untuk puaskan hati pelanggan saya gunakan masa dan bersengkang mata untuk siapkannya. Harap memberi pemahaman yang mendalam. :)

3 Comment (s):

  1. mesti ada yg menangis bila baca entry ni, hihiii. aku pun tak reti nak ubah apa-apa. haih!

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™